Wednesday, February 6, 2008

Nota2 dari syarahan Habib Umar Bin Hafiz di Mjd Hj Md Salleh

Nota2 yang saya coretkan disini bukanlah 100% apa yang dibicarakan oleh Tuan Habib. Ia hanyalah nota2 ringkas yang dapat saya catatkan dan fahamkan ketika syarahannya. Terlebih atau terkurang... Maafkanlah saya...

Tajuk syarahan: Hikmah disebalik musibah


Keadaan orang2 yang beriman - Sabar ketika musibah dan bersyukur atas nikmat. Sungguh beruntung kerana kedua2 hal itu akan meningkatkan pahala dan darjat orang2 yang beriman itu disisi Allah swt. Ada juga khabar yang seorang itu rela terima bala untuk bersabar dan mencapai darjat yang lebih tinggi disisi Allah swt di Akhirat kelak.

Apabila Allah swt menurunkan bala bencana keatas orang Islam - Yakinlah itulah yang paling terbaik bagi orang2 Islam. Adakalanya bala didunia itu lebih baik dari bala di akhirat. Musibah2 itu tidak pula hanya pada orang umum sahaja, tetapi berlaku juga pada orang2 soleh. Contohnya, hamba2 Allah swt yang soleh dan para Rasul ada diuji dengan kelaparan dan kesusahan2 lain.

Rasulullah saw adakalanya tidak makan hingga tiga hari. Apabila datang harta yang banyak, Rasulullah saw membahagi2kan harta itu hingga isteri2nya tidak ada apa2 pun kecuali air dan makanan yang sedikit di dalam rumah mereka. Memberikan apa yang kita perlukan sekali kepada orang lain akan mendapatkan pahala dan ganjaran yang besar disisi Allah swt.

Rasulullah saw tidak takut pada bencana kefakiran dan kemiskinan kepada Ummatnya. Tetapi Rasulullah saw sungguh takut akan bencana harta kekayaan yang banyak. Ditakuti Ummatnya akan lalai dari mengingati Allah swt. Mereka akan mengejar dunia, bermusuh2an antara satu sama lain dan akan dihancurkan Allah swt seperti Ummat2 yang terdahulu.

Cahaya pada orang yang beriman yang bermaksiat cukup untuk menerangi dunia ini. Apatah lagi orang beriman yang bebas dari maksiat.

1 comment:

fatimah_mastura said...

BismiLlah wal HamduliLlah.
As-Salamu`alaikum wa RahmatuLlah.

Syukran jazilan diatas perkongsian ini.
BarakALLAHu fikum.