Friday, February 8, 2008

Nota2 dari syarahan Habib Umar Bin Hafiz di Mjd Mukminin

Alhamdulillah, saya dapat lagi catatkan sebahagian dari mutiara2 ilmu yang disampaikan oleh Syeikh al-Habib Umar Bin Hafiz. Sekali saya minta maaf jika ada yang terlebih dan terkurang. Habib Umar tiba di masjid ketika Azan Asar. Doa qunut dibaca pada rakaat ke-empat Asar. Pada akhir2 syarahannya, al-Habib memberi ijazah pada zikir2 yang diajarnya.

Tajuk syarahan: Renungan dan mengingati Allah swt



Segala puji2an pada Allah swt. Allah s.w.t menerangi langit dan bumi denqan Nur. Sesungguhnya masjid itu penuh dengan Nur. Dan di dalam masjid itu ada sekumpulan orang2 yang tidak dapat ditipu dengan sebab kukuhnya agama mereka.

Dengan izin Allah swt sahaja kita boleh berdzikir dan beramal pada Allah swt. Amalan kita adalah hasil dari berapa besar kita membesarkan Allah s.w.t di dalam hati kita. Allah swt menilik hati hamba2nya. Janganlah kita beramal ibadah dengan hati yang kotor dan lalai dari mengingati Allah swt.

Allah swt mengizinkan hambanya berzikir dan menyebut2 nama Allah swt berkali2 hingga orang ingat kamu gila. Berzikirlah di rumah2 (masjid2) Allah swt. Kelebihan zikir, ialah ia dibenarkan zikir disetiap masa walaupun tanpa wudhu atau didalam hadas besar. Dosa besar orang yang melarang orang2 yang mahu berzikir. Orang2 yang berzikir dianggap mulia di slsi Allah swt.

Rahsia pada orang2 yang berzikir, hatinya bercahaya, menambah imannya, bertambah pahalanya berlipat kali-ganda. Orang yang banyak mengingati Allah swt ketika beramal ibadah, ketika puasa, zakat, haji atau sunnah seperti bersedekah: akan mendapat pahala yang lebih besar dari mereka yang tidak berzikir. Orang yang berzikir itu dapat kebaikan dunia dan akhirat. Mudah2an kita tergolong dalam golongan orang2 yang berzikir. Ameen.

Kisah sahabat yang agak panjang. Ia ahli-zikir yang kuat sekali, meluahkan cintanya pada Allah swt dan Rasul saw. Ia meninggalkan tempat tinggalnya, segala hartanya dan kaumnya hanya untuk bersama Rasul saw (sehinggakan pada badannya hanya dua helai pakaian). Kuat suaranya berzikir di dalam Masjid sehingga kedengaran oleh orang yang melintas disisi Masjid. Beliau mati ketika pulang dari Khaibar. Ia dikuburkan oleh Rasul saw. Rasulullah redha padanya dan medoakan keredhaan Allah ke atasnya. Roh sahab ini diberi nikmat dikubur berkali2 ganda hingga ke saat ini. Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu yang dia cintai kerana Allah swt dan RasulNya, maka Allah swt akan menggantikannya dengan yang lebih baik.

Subhanallah Walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar adalah biji pohon-pohon buah2an di syurga, tak terkira dan terbayang sedapnya dan indahnya. Ia adalah diantara kalimah2 yang dicintai oleh Allah swt. Zikir yang banyak, menyenangkan kita berdakwah dan mendidik ahli-keluarga dan ahli-masyarakat kita. Zikir itu dapat menjayakan usaha kita untuk berdakwah, Allah swt menyenangkan tugas dakwah itu.

Zikir itu benteng dari godaan2 syaitan, musibah2 dan apa2 masalah yang kita hadapi. Zikirlah dalam apa2 keadaan sekalipun. Beristiqamah dalam zikir dan doa.

No comments: