Sunday, February 17, 2008

Mutiara2 dari Majlis Ilmu petang Sabtu bersama Ust. Syed Hussein Alkaff

Tentang bertaubat dari dosa2:

Syaitan tidak dapat mengapa2kan anak2 Adam kecuali jika mereka lalai dari berzikir, yakni mengingati Allah swt. Orang2 yang selalu mengingati Allah swt dan meminta perlindungan Allah swt dari godaan dan bisikan Syaitan akan dapat mengatasi segala tipu-daya Syaitan. Tetapi sebagai manusia biasa kita tidak akan lepas dari berbuat dosa. Mohonlah pengampunan daripada Allah swt. Jangan biarkan dosa-dosa yang kita lakukan begitu sahaja. Kembalilah mengingati Allah swt dan betaubatlah kepadanya. Janganlah kita berbangga2 dengan dosa2 yang telah kita lakukan. Gantikanlah dosa-maksiat yang telah dilakukan dengan amalan2 soleh. Contohnya: Orang yang mengajak orang lain untuk berjudi, dia mestilah bersedeqah untuk menutup perbuatan buruknya itu. Ramai orang2 dimerdekakan oleh Allah swt dari api-neraka ketika Wuquf di Arafah. Rahmat Allah swt begitu besar pada hari Arafah. Jangan sekali2 berputus asa dari bertaubat kepada Allah swt.

Rukun2 Taubat ada tiga atau empat perkara:


Rukun 1. Berhenti serta merta.
Rukun 2. Menyesali perbuatannya.
Rukun 3. Azam yang kuat untuk tidak akan ulangi maksiat itu.
Kalau dosa itu pada manusia maka ada pula rukun yang keempat iaitu,
Rukun 4. Minta maaf atau kembalikan hak pada orang yang dizalimi itu.

Tentang generasi muda yang sering berbicara tentang agama:


Awas jangan cakap sesuka hati tentang agama. Jika kita tidak ada ilmunya, dalilnya dan tidak ada kitabnya. Jangan membuat agama ini seolah2 kita punya. Jangan menafsirkan hadith2 untuk kepentingan sendiri dan mengikuti hawa nafsu. Contohnya: Ahli2 masjid yang melarang orang2 Islam dari tidur didalam Masjid.

Perihal tokoh ahli-sufi Bisr Al-Hafi:


Beliau tinggal di Baghdad dan wafat di dalam abad ke-2, 272 Hijrah. Bisr pernah menemui Rasulullah saw dalam mimpinya. Lalu Rasulullah saw menerangkan padanya mengapa dia dimuliakan oleh Allah swt diantara sahabat2nya yang lain. Inilah penerangan Rasulullah saw:

• Amalkan segala sunnah Rasul saw.
• Berkhidmat kepada para solehin.
• Memberi nasihat2 pada sahabat2 lain.
• Mencintai sahabat2 dan keluarga Nabi saw.

Beliau suka melawan kehendak nafsunya, contohnya ia tidak mahu memakan daging. Atas sebab sifat zuhudnya Allah swt meletakkan kemuliaan Bisr alHafi didalam hati2 manusia. Salah satu mutiara kata dari Bisr AlHafi - Doa pada Allah swt itu sama seperti meninggalkan perbuatan yang mendatangkan Dosa. Yang bermaksud, meninggalkan dosa itu lebih baik dari berdoa pada Allah swt.

Nasihat tentang bermujahadah dalam meningkatkan amal-ibadah:


Berkhalwat (bersendiri) didalam bilik mengelakkan kekacauan (dari ahli keluarga atau lain2 perkara) dalam menghadap dan berzikir kepada Allah swt. Lakukan ibadah itu berterusan selama 40 hari, untuk mendapatkan kebiasaan dalam melakukan sesuatu ibadah.

1 comment:

Little Mudpie said...

Assalaamu'alaikum, what happens to the majlis ilmu during the renovation of the masjid? Can you advise? Thanks. May Allah bless you and the Prophet love you for your efforts with this blog.