Isteriku menggalakkan aku untuk menulis sedikit sebanyak tentang apa yang disampaikan oleh Ustaz2 yang mengajar pada malam Ahad dan malam Ithnin yang lalu di Baitul Aman. Majlis2 Ilmu ini hanya diadakan sebulan sekali untuk menghayati pengajaran2 serta nasihat2 yang penuh manfaat dari Al-Habib Abdullah Al-Haddad. Majlis2 ini adalah salah satu peninggalan Al-Marhum Ust Syed Ahmad Semait.
Aku berasa sedih kerana telah lupa sebahagian ilmu yang disampaikan. Ini mungkin kesan dari kelalaian aku sendiri. Tetapi aku akan tetap cuba dan maafkanlah aku jika apa yang aku tulis kurang sempurna.
Bahagian 1: Hari Sabtu, Malam Ahad, Kitab: Nasihat Agama dan Wasiat Iman
Ustadz Syed Al-Jufri mengajar menggunakan kitab asal yang berbahasa Arab, manakala jemaah menggunakan kitab terjemahan oleh Al-Marhum Ust Syed Ahmad Semait. Inilah sedikit daripada apa yang dapat saya fahamkam.
1. Allah s.w.t meninggikan darjat seorang manusia itu dengan Al-Quran yang ada tertanam didalam jiwanya. Bukan sahaja setakat hafalan sahaja tetapi juga kesan dari penghayatan terhadap Al-Quran itu sendiri.
2. Darjat orang yang memahami dan mengamalkan Al-Quran serta mengajarkannya adalah sangat mulia disisi Allah s.w.t.
3. Celakalah orang2 yang zalim (yakni melakukan maksiat dan kemungkaran) tetapi ia tetap membaca Al-Quran serta memahaminya kandungannya pula. Al-Quran itu akan menjadi saksi atas orang yang zalim itu.
4. Dilarang Ahli Al-Quran untuk mengajarkan kitab Al-Quran semata2 untuk mencari rezki. Kelak nanti di akhir zaman, orang yang mengajarkan Al-Quran meminta2 dari manusia dan bukannya dari Allah s.w.t.
Bahagian 2: Hari Ahad, Malam Ithnin, Kitab: Dakwah yang sempurna, Peringatan yang Utama.
Al-Ustadz mengajar menggunakan kitab yang telah diterjemahkan kepada bahasa melayu oleh Al-Marhum Ustadz Syed Ahmad Semait.
1. Tauhid (Iman) yang lurus itu adalah nikmat yang paling besar yang telah dikuniakan oleh Allah s.w.t keatas manusia.
2. Kepada mereka yang telah diberikan keimanan, ketahuilah yang Iman ini adakalanya tidak tetap. Kadangkala ia berkurangan dan kadangkala ia meningkat. Maksiat yang kita lakukan melemahkan keimanan dan ibadah yang kita lakukan menguatkannya.
3. Ibadah yang dapat menguatkan keimanan adalah ibadah yang seratus peratus ikhlas hanya untuk Allah s.w.t. Ibadah yand dilakukan dengan riak, ujub atau takabbur tidak sesekali diterima oleh Allah s.w.t. dan akan merendahkan lagi Iman seseorang itu.
4. Untuk memeriksa jika amalan itu ikhlas atau tidak, bandingkanlah amalan itu ketika kita lakukan di khalayak ramai dan ketika kita bersendirian. Jika kita lakukan ibadah itu lebih bersungguh2 dan bersemangat ketika dikhalayak ramai maka keikhlasan kita kurang atau tiada sama sekali.
5. Iman yang kuat hasil dari pemeliharaan diri (dari dosa maksiat zahir dan batin) yang cukup rapi dan hati2 akan membuahkan Taat pada Allah s.w.t.
Semoga Allah swt memberikan Para2 Guru yang mengajar kami kesihatan, kemurahan dan keberkatan rezki dan ditingkatkan lagi darjat mereka disisi Allah s.w.t. Ameen.
Segala kekurangan and kesilapan tulisan saya ini, harap maaf. Sekian, wassalam.
Abu Mukhtaar
No comments:
Post a Comment