Saturday, February 9, 2008

Habib Umar bin Hafiz @ Masjid Istighfar

The following notes are not 100% of what Habib said that night, they are just points that I could scratched on my PDA. Any mistakes and shortcomings, please forgive me and feel free to correct me. Apologies again, its in Malay.

Tajuk syarahan: Kecemerlangan Ummah Melalui Apa?



Habib mulai dengan bersyukur kepada Allah swt kerana dapat solat berjemaah Isya' dan dapat hadir dalam majlis yang memperingati nasib kita di dunia dan di Akhirat. Semoga Allah swt merahmati kita semua.

Allah swt banyak menerangkan dalam Al-Quran bagaimana kita dapat kejayaan dan pertolongan dalam kehidupan kita. Yang paling penting ialah Iman untuk mendapatkan pertolongan, keredhaan dan petunjuk Allah swt.

Untuk kejayaan dunia seorang perlukan haqiqah Iman. Salah satu haqiqah Iman ialah mengagungkan Allah swt, hanya dengan mengagungkan Allah swt kita akan hidup dalam keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Siapa yang tidak memiliki Iman, mereka tidak selamat kerana mereka akan menggunakan akalnya, segala daya usahanya dan masanya untuk memenuhi kehendak nafsunya semata2. Ada sehinggakan, menyembah selain dari Allah swt. Siapa yang menyembah selain dari Allah swt diibarat membuat rumah yang selemah sarang labah-labah. Ketahuilah teknologi dan kemajuan yang dikejar2 tidak meningkatkan martabat manusia, tetapi mereka hanyalah ciptaan Allah swt. Adakalanya kemajuan ini menyusahkan mereka pula tanpa tidak disedari. Orang2 yang tidak beriman terus mengagungkan kemajuan mereka. Darjat manusia itu lalu jatuh, kemajuan itu adalah fatamorgana. Lalu orang2 kafir itu hidup dalam kegelapan sebenarnya, akibat kelalaian mereka sendiri.

Ketahuilah dunia itu sempit, dan akhirat itu seluas2nya. Orang2 yang beriman mesti terus berhubungan dengan Allah swt untuk mengecapi keluasan akhirat. Hanya dengan kekuatan Iman, kita dapat mencintai Allah swt dan RasulNya - Lebih dari seisi dunia ini (isteri, anak, ibubapanya)- Tidak sempurna iman seseorang jika tidak dapat keadaan ini.

Orang2 yang terdahulu sangat mencintai Rasul saw. Sehinggakan ada sahabat tidak selera makan dan tidak dapat tidur akibat merindui Rasul saw. Taatilah Rasul saw dan Allah swt untuk bersama mereka di akhirat (syurga) kelak.

Bagaimana untuk mengagungkan Allah swt? Kita mesti mengagungkan apa yang dimuliakan oleh Allah swt. Perkara2 yang Allah swt muliakan seperti Rasulullah saw, Sahabat2nya, ahli-keluarganya yang berpegang teguh pada agama, para soleh, para syuhadah, para siddiqin dan para2 Ulama. Ikutilah cara hidup mereka. Laksanakan fardhu2 dengan sebaik2nya, penuh khusyu, tawadhu dan ihsan. Orang yang imannya kuat, tidak mudah berfikir seperti orang2 yang tidak beriman. Tidak pula mereka gentar atau terkesan dengan celaan2 orang yang tidak beriman.

Janganlag kita lihat keindahan dan nikmat alam ini sehinggakan kita lupa tujuan hidup kita dan Pencipta kita. Gunakan nikmat2 alam ini dan manfaatkannya untuk mendekati Allah swt dan melakukan kerja da'wah. Tidak ada paksaan dalam Islam. Berda'wahlah dengan Akhlak yang mulia, penuh adab dan penuh hikmah. Maka berda'wahlah pada orang yang diluar Islam.

Kita mesti mencontohi Rasul saw. Bersihkanlah hati kita dari sifat keji. Usahalah laksanakanlah segala fardhu2 dengan sebaik2nya. Fikirkanlah bagaimana kita memberi manfaat kepada orang2 lain. Siapa yang makmurkan rumah Allah swt, akan Allah swt memakmurkan keluarga dan kuburnya. Bilakah kita akan bangun malam dan menangis dihadapan Allah swt. Kerana inilah amalan orang2 soleh yang terdahulu. Allah swt akan menolong kita apabila kita meniru amalan tingkah-laku orang soleh yang telahpun diredhaiNya. Jangan salah anggap bahawa harta kekayaan, pangkat atau darjat yang tinggi adalah pertolongan atau keredhaan Allah swt pada kita. Kita benar2 mendapat pertolongan dan keredhaan Allah swt jika kita dapat beramal soleh dengan banyak dan mudah serta lebih mendekati diri kepada Allah swt dan RasulNya.

1 comment:

fatimah_mastura said...

BismiLlah wal HamduliLlah.
As-Salamu`alaikum wa RahmatuLlah.

Harap maklum,
Untuk mendengar tausyiyah
Al-Habib Umar ibn Hafiz
di Masjid al-Istighfar, Singapura (08/02/08)
"Kecemerlangan Ummah Melalui Apa?"
yang diterjemahkan oleh al-Habib
Sholeh ibn Muhammad al-Jufri, HafizakumuLlah,
copy-paste URL dibawah ini -

mms://202.73.63.227/habib_umar.wmv

JazakumuLlahu khairan.
ALLAHu a`lam bisawab.