Monday, November 19, 2007

Haul Al-Imam Habib Abdullah Al-Haddad (r.a) di Baitul Aman

Prelude (Perjalanan ke Baitul Aman):

Kami berkumpul di stesen Mrt Eunos dari pukul 7.30pg. Bas kami mula bergerak ke Tuas pukul 8 pagi. Kita sampai di luar Tuas Checkpoint dalam pukul 9:15 pagi. Pemandu bas tidak dapat memasuki checkpoint Tuas kerana dia tidak membawa paspot. Pihak kastam pula tidak membenarkan kami memasuki kawasan imigresen tanpa kenderaan seperti bas. Kami terpaksa menaiki bas SBS ke Stesen MRT Boon Lay. Disitu kami menaiki MRT pula menuju Stesen MRT Jurong East. Di sana kita menaiki bas 'Handal Indah' untuk menyeberangi Jejatas Tuas ke wilayah Johore. Di pusat kastam Malaysia (Link 2) kita menaiki bas yang membawa kita ke kawasan Baitul Aman, KL. Oleh kerana lewat, kita makan tengahari di perhentian pertama di lebuh raya Selatan-Utara. Kita sampai jam 4+ ptg lalu solat jemaah Jama'-Qasr Zuhur-Asar bersama2 imam kita saudara Ramadhan. Kita dapat makan dan rehat seketika di Sucasa Appartments sebelum majlis Haul bermula kira2 jam 6 ptg.



Tema Haul: Syukur

Bacaan Al-Quran
Surah Ibrahim Ayat 1-7.

Khatam Al-Quran oleh Habib Zain bin Husain al-Habsyi

Habib Mustapha bin Othman Al-Haddad. (Imam Masjid)
Syed Abdul Rahman Al-Haddad (Tuan Majlis)

Syarahan pertama dari al-Fadhil Al-Ustadz (Namanya terlepas dari pendengaran saya – dalam bahasa melayu)



Orang yang boleh bercerita tentang perihal Al-Habib Abdullah Al-Haddad hanyalah para Alim Ulama ataupun Wali Allah. Kenapa makam Alim-Ulama boleh dibesarkan? Kerana Syiar Islam harus dibesarkan. Contohnya Imam Abdullah yang menjadi salah satu syiar Islam. Imam senantiasa mengawasi murid2nya hingga sekarang.

Imam Habib Abdullah Al-Haddad adalah:

Syeikh fatih – yakni syeikh pembuka hati.
Syeikh mursyid – syeikh yang memimpin murid2 menuju ke Allah swt.

5 sifat yang ada pada majlis Imam Habib Abdullah Al-Haddad yang dikatakan Rasulullah s.a.w.

Para hadirin akan mengalami perubahan seperti:

Daripada sifat sangsi - kepada keyakinan
Darpada permusuhan - kepada pendamaian
Daripada Lalai- kepada Mengingati Allah swt.
Dripada cinta dunia - kepada benci dunia
Panjang cerita dan cita-cita - kepada takut mati

Habib Abdullah Al-Haddad - mengsyorkan baca ratib beramai2. Baca tiap2 malam - jangan baca masa haul sahaja. Wirdul Latiff pun patut diamalkan pada waktu selepas solat Asar dan selepas solat subuh. Ilmu Imam Habib Abdullah terkandung dalam Ratibnya. Dapat juga Ratib melindungi pengamal2nya dari akidah2 yang salah. Imam Habib harus dikenang dan dicontohi. Kerana ia syiar Islam.

Syarahan Habib Abdul Rahman bin Abdullah Ba'bad (Ulama dari Yemen dalam bahasa Arab)



Pujian bagi Allah swt,

Tempat (majlis ilmu) kunjungan Malaikat2. Allah swt mengampunkan dosa para hadirin dan digantikan dengan hasanah. Beliau diantara sebaik2 cucu2 Nabi Muhammad s.a.w. Banyak manfaat daripada Imam Abdullah daripada ratibnya dan kitab2 karangannya. Beliau diibaratkan salah satu bintang2 yang dijadikan petunjuk2 untuk orang2 yang bermusafir (menuju Allah s.w.t dan RasulNya). Ahli mengenal Allah swt. (Ahlillah) Habib Abdullah Al-Haddad, rendah hatinya, terima pisau untuk ditajam atas pesanan dari anak yang kecil. Cukup menentang hawa-nafsunya, cukup membelakangkan dunia (pangkat & harta). Siapa yang gilakan dunia hingga masuk ke hatinya maka putuslah harapannya pada Akhirat. Pesanan Imam Syafiee, biarlah sesuatu yang indah daripada dunia itu hanya tinggal pada tangan sahaja jangan sampai ke hati.

Lecture by Syeikh As-Syed Afeefuddin Al-Jilani (in Lughatul Ingrisiyah)



Many people wanteœ to become famous. They became rich and continuously chase for power, recognition. However, Imam Abdullah Al-Haddad have got something that no one can have through these means. His heart is rich with Imam, great akhlak, ikhlas for Allah swt. And hence he became famous for his closeness to Allah s.w.t. We however did not follow him close enough. Many people did not accept the words and advises of the Alim-Ulama. They totally forgotten what the doa and prayed for while in the mosque. Those who are truly taqwa, Allah s.w.t will lead them the way. We have to copy this example that Habib Imam Abdullah Al-haddad has shown. Our heart must belong to Allah. Anything else must just stay in our hands. No further than that. We must copy the akhlak (zuhud) of Imam Abdullah al-haddad. Allah swt love those who loves to be with the ones He loves (the Ulama) such as Imam Abdullah Al-Haddad. To be close with Al-Imam, read his books.

Syarahan dari As-Sheikh Al-Ulama Hadith Dr. Saad bin Gawish Al-Hasani.



Masalah Sunnah & bida'ah. Dr Saad mendoakan masalah ini tidak terkena negeri ini. Ada orang menganggap selawat itu bida'ah. Maka mereka itu tidak langsung membida'ahkan perintah Allah s.w.t untuk bersalawat atas Nabi s.a.w.

Perbezaan bahasa (Melayu, Arab dan Inggeris) dalam majlis itu satu tanda kecintaan kita pada Al-Imam. Buku2 Al-Imam itu cenderung pada pendidikan ruh dan juga pengubatan hati dan ruh. Orang yang lalai dalam ibadahnya, tidak hadir (khusyu') tidak dapat apa2 dari ibadahnya. Sentiasalah teruskan zikir dalam segala keadaan. Zikirlah yang dapat menghidupkan hati, memperkuatkan khusyu' dalam amal ibadah kita. Lakukan selepas asar dan subuh zikir2 yang khusus (e.g. Wirdul-latiff). Tafakkur ada tiga bahagian. Jangan tafakkur pada zat Allah kelak sesat. Tafakkurlah atas:-

1. Kekuasaan Allah swt. Mengenal sifat2 Allah serta menguatkan Iman.

2. Nikmat daripada Allah swt. Dapat sifat syukur pada Allah swt.

3. Keadaan Dunia dan Akhirat. Dapat elak dari cinta Dunia.

Syukurlah pada Allah swt dalam semua keadaan. Senantiasalah husnul-zan (sangka baik) terhadap Allah swt. Berusahalah untuk mendapatkan rezki yang halal. Ingatlah rezki itu bukan atas asbab tetapi ia datang dari Allah s.w.t. Jangan menjadi seperti Qarun yang lupa diri lalu diazab. Jangan putus asa dari rahmat Allah swt. Tawakallah dan bertasbih pada Allah swt. Jangan berhajat pada makhluk2 yang lain.

Di dalam majlis pada hari pertama syarahan oleh Ulama2 yang tertulis di atas deselang seli oleh bacaan Qasidah oleh para Alim-Ulama dari Indonesia, Jeddah dan Yemen. Majlis ditutup oleh doa dari Habib Abdullah bin Ali Al-Attas.

Ketika Kuliah Subuh (Haul Hari kedua)

Ceramah oleh seorang anak murid Habib Ahmad Bin Semait dari Malaysia.

Habib Ahmad Semait senantiasa bangun bertahajjud. Dia yang paling akhir tidur di rumahnya, dan dia yang paling awal bangun di rumahnya. Ia juga seringkali berjalan2 didalam rumahnya pada waktu malam untuk memperbetulkan terjemahan atau penulisannya. Telah di mulakan oleh beliau, kuliah subuh selepas Majlis Haul Imam Habib Abdullah al-Haddad pada tiap2 tahun.

Solat Tahajjud itu lebih afdhal di-sepertiga malam. Doa dan permintaan pada Allah swt tidak di tolak (masa mustajab). Untuk mudahkan bangun malam, isikan waktu diantara maghrib dan isyak (dgn zikr, baca al-quran). Jangan mengisi lepas isyak dengan perkara sia2 kecuali perkara yang dharurat. Kurangkan minum dan makan waktu malam. Susah mahu tidur, susah mahu bangkit, berat hatinya (malas) untuk menunaikan solat malam. Jangan berkata2 sia2 hal dunia pada waktu malam. Jangan lakukan perkara2 yang berat2 pada waktu siang. Jangan sekali2 tidur waktu selepas subuh, jangan putuskan rezki kita. Zikr sewaktu perjalanan ke tempat kerja. Niat dan berazam penuh ke-ikhlasan hanya untuk Allah swt. Pasanglah niat untuk bangun bertahajjud sebelum tidur. Setelah niat dan usaha, walaupun tidak terbangun dapat pahalanya. Sampaikan apa yang telah dituntut pada kaum keluarga.

Ceramah oleh Habib Zain bin Husain al-habsyi (dari Johore)



Habib Abdullah buta matanya, tetapi terang mata hatinya. Apabila dia terkena cacar, dia tidak boleh mencium benda2 wangi. Tetapi datuk saudaranya yang majdub melumurknya dengan minyak2 wangi. Lalu dikatakan oleh datuk saudaranya bahawa orang2 akan dibawah pandangannya (basirah) walaupun dia buta matanya.

Hendaklah kita bertaqwa dimana2 sahaja (didepan dan dibelakang orang), jangan sekali2 bertaqwa hanya dimata orang sahaja. Hendaklah kita berusaha untuk memasuki syurga. Buat kawan dengan orang yang berilmu dan bertaqwa. Manusia itu seringkali mengikut fe'il kawannya. Siapa yang redha dengan Allah swt maka hatinya pasti tenang. Siapa yang tidak redha maka tidak puas akan dunia. Jangan leka dari mengingati mati. Perbanyakkan solat dan amalan2 yang lain. Jangan dilalaikan dengan isteri2 dan anak2. Malaikat Israel tidak akan tangguh kerjanya. Dunia ini tidak akan kekal. Dunia ini adalah syurga untuk orang neraka. Neraka itu diselebungi oleh perkara2 yang lazat dan indah sekali.

Majlis diakhiri dengan doa, al-fateha kepada Rasullulah s.a.w, para2 Imam Ba’alawi, Imam Habib Abdullah al-Haddad dan Habib Ahmad Bin Semait. Selepas itu kita dianjurkan solat sunnah isyrak secara bersendirian.

Ketika sedang makan pagi selepas Kuliah kami bertemu dengan salah satu anak Murid Habib Ahmad dari Kuantan. Beliau serta temannya sudahpun menziarahi kubur Habib Ahmad Bin Semait. Alamatnya seperti berikut:

Makam Habib Ahmad Bin Semait
Jalan Pontian, Batu 5.

Inilah pertama kali saya menulis blog ini dalam bahasa Melayu. Nota2 yang saya tulis menggunakan bahasa Melayu kerana terjemahan dari kebanyakan syarahan adalah dalam tersebut. Harap maaf jika ada banyak kesilapan dalam penulisan saya.

Wassalam

2 comments:

Ummi's Blog said...
This comment has been removed by the author.
Ummi's Blog said...

Masya'allah... thanks for the notes. Insyallah..as zaidah mention, we can try going next year when the budaks are a little bigger. Insya'allah.