Friday, December 25, 2009

Pesanan dari Habib Ali Bin Jaafar Al-aydrus (Batu Pahat)

Isteri saya menggalakkan saya untuk menulis di lelaman blog ini tentang beberapa nasihat yang diberikan kepada saya, Abu Ahmad Zulfaruk dan yang lain2 oleh Habib Ali. Inilah yang dapat saya ingat dari pertemuan kelmarin.

Nasihat pertama:

Bacalah Al-Quran. Ikutilah Al-Quran. Al-Quran itu adalah karangan Pencipta kita. Hidup kita pasti selamat jika kita berpandukan Al-Quran.

Nasihat kedua:

Jangan bergaduh antara satu sama lain. Yakni antara adik beradik, ahli keluarga, sahabat2, saudara-mara dan sebagainya. Jika ada pergaduhan, cepat2lah berbaik2 antara satu sama lain.

Nesihat ketiga:

Bertaubatlah kamu sebelum pintu taubat tertutup untukmu. Di sini boleh bermakna ajal ataupun munculnya tanda2 besar Kiamat.

Nasihat keempat:

Allah swt itu adalah Khalik iaitu sang Pencipta. Manusia hanyalah Makhluk iaiatu yang dicipta. Maka manusia itu patut mematuhi apa sahaja perintah2 Pencipta bukan Pencipta mematuhi perintah manusia. Takutlah pada Allah swt dengan bertaqwa pada Allah swt. Jika manusia tidak taku pada Allah siapa yang dia takutkan? Akibat tidak takut pada Allah swt, banyak masalah telah ditimpa pada manusia itu sendiri. Turutilah semua perintah2 Allah swt dan juga Nabi Muhammad s.a.w yakni Rasul dan Nabi yang terakhir. Ingatlah tiada Nabi selepas Rasulullah solollah alahi wassalam.

Nasihat kelima:

Solat lima waktu mesti di laksanakan di mana jua, tanpa mengenal masa. Allah swt telah meringankan solat dari lima puluh waktu kepada hanya lima waktu sahaja maka itu jangan sekali2 tinggalkan Solat2 fardhu.

Nasihat keenam:

Anak2 kita mesti dilatih berpuasa apabila menjangkau usia 10 tahun selambat2nya.

Buat masa ini, ini sahaja yang saya dapat ingat. Saya akan tambah apabila saya dapat ingat yang selebihnya.

Wallahu'alam

Wassalam.

No comments: